Search for
Login | Username Password Forgot? | Email: | Create Account
Non English | Popularity: 0 | Entries: 1247 | Updated: 68d 8h ago | | Add to My Feeds

Al-Fatihah kami ucapkan kepada Mahyon Ismail yang telah pergi meninggalkan kita semua.Seniwati Mahyon Ismail  telah telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Menurut cucunya, Ayang Hussein atau nama sebenarnya Natra Yasmin, 27, neneknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal selain penyakit diabetis yang dialami sejak tahun 2009, tetapi entah macamana, arwah mengalami demam panas dan batuk dan doktor telah memberi ubat yang tidak bersesuaian seinggakan sampaikan sistem tubuh badan arwah gagal berfungsi. “Saya dan ibu, Dila Hussein, membawanya ke hospital dan ketika itu dia terus koma dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 10 malam tadi,” kata Ayang lagi. Faizal , Fairuz dan Dilla Hussein telah kehilangan ayahanda tercinta iaitu Seniman allahyarham Hussein Abu Hassan pada 26-11-2007 yang lalu dan kini dia telah kehilangan Ibu tercinta pula..Semoga mereka dan keluarga tabah menghadapi kehilangan ini. Antara filem yang pernah dilakonkan oleh beliau adalah Bunga Padi Berdaun Lalang (1975), Tiada Esok Bagimu (1978), Dia Ibuku (1980), Senja Merah (1982), Gila-Gila Remaja (1986) dan Pemburu Bayang (1991).

mahyon-ismail-meninggal2



More from Syokkahwin.com


^ Back To Top