Wah G.I. Joe pulak tengok selebriti2 kita nie.. bila masuk jadi askar Wataniah.. hep..hep.. baris.. baris.. haha.. yang paling comel Datuk Siti dan Intan Ladyana .. ..David Teo pun masuk beb..Aksi-aksi Wira dan Srikandi Selebriti ini adalah di waktu penyerahan uniform dan borang kemasukkan Askar Wataniah pada hari ini.. Upacara itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan. Kata Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, “Enam selebriti tersebut akan memulakan latihan mereka secepat mungkin selepas lulus ujian pemeriksaan kesihatan. Sebagai permulaan, mereka perlu menamatkan latihan selama 39 jam. Mereka akan dilatih untuk menguatkan mental dan fizikal selain meningkatkan sahsiah dan jati diri,” tambahnya. Jangan nangis sudah k… Naper Lisa Surihani dan Fauziah Ghous masuk gak? nak jugak tengok dorang.. hehehe..





