Al-Fatihah kepada Zami Ismail yang telah pergi ke rahmatullah pada malam semalam. Beliau dilaporkan meninggal kerana sakit jantung. Beliau sebenarnya sudah lama sakit dan keadaan beliau semakin tenat malam semalam. Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara sejak dua minggu lalu. Nampaknya takdelah kelibat beliau di dalam filem HANTUK KAK LIMAH BALIK RUMAH SIRI 2..Tetapi ada dua lagi filem yang belum ditayangkan yang dilakonkan oleh beliau iaitu Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit (arahan Mamat Khalid) dan Shh…Dia Datang (Saiful Apek)…Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.
Al-Fatihah again to one of the best comedian of our time. Check out your heart pressure and cholestrol level as these are the two main things that can cause coronory diseases or cardiac arrest.
DI INSTITUT JANTUNG NEGARA
PAK UDA MEMBUATKAN KITA TAK KERING GUSI…



