Walau pun lincah dan bergaya dan dikenali dengan pelbagai nama eksotik seperti Ana Lulu, Nora Danish masih mengutamakan bidang agama untuk anak beliau. Nora dilaporkan oleh ManggaOnline ingin sangat menghantar anak beliau, Rayyan belajar di sekolah tahfiz apabila Rayyan menjejak umur 4 tahun.
“Namun, saya berhasrat untuk menghantar Rayyan ke sekolah tahfiz agar dia boleh mendalami ilmu agama dengan sempurna. Ini memang impian saya sejak mengandung, kalau boleh memang saya mahu lihat Rayyan belajar agama hingga ke Mesir. “Tapi, bapanya pula lain. Dia juga mempunyai impian untuk anaknya, sekarang pun dia ada belikan barangan-barangan Polo untuk Rayyan, mungkin dia mahu anaknya mengikut jejak langkahnya.“
Kami bangga dengan azam yang ditanam oleh Nora, semoga menjadi kenyataan hendaknya Insya Allah.
ANA LULU SEDANG KHUSYUK MEMBACA YASSIN


