IZREEN AZMINDA adalah seorang pelakon wanita yang terlepas daripada radar kami. Dah habis citer JUVANA, berlakon punyalah syok sebagai Cikgu Zakiah..barulah kami keluarkan..haha..tulah saper suruh tak berlakon drama citer CINTA… hoho..Bukan sebab tak cun ke aper, tapi kurang publisiti pasal dia nie.. lain macam Tasha Shilla. Tapi IZREEN nie sebenornya dah banyak drama dia berlakon.. memacam pulok tue. Korang ada minat tak dengan dia nie.. ??
NAMA: Izreen Azminda Aznam
USIA: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1985
TEMPAT LAHIR: Kangar, Perlis
DRAMA: Sesuci Cinta Sofia, CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling, Nenek Kebaya, Puteri Arora Beradu, Ragam Menantu, Gelora Di Hati Sara, Pasukan Gerakan Marin dan Isabella
FILEM: Nana Tanjung 2 dan Otai
PROGRAM: Seekers (musim keenam) & In Trend
PENDIDIKAN: Diploma Kewartawanan Integratif, Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).
PENCAPAIAN: Tempat Ketiga, Dewi Remaja 2005/2006




