Nampaknya Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan berkahwin pada 28 September 2011. Mungkin ada gosip lebih hebat pada hari ini iaitu mengenai kisah pendedahan kisah rumahtangga Suhaila dan Jimmy Shanley, tetapi selepas menulis separuh jalan, terasa pulak dosanya mendedahkan kisah dalam kain orang. Yang berantakan tue biarlah disimpan ketat-ketat rahsianya, jangan ada pula batu apinya. Dalam pada kisah kepahitan itu ada pula kisah bahagia pula. Kegembiraan memang berpihak kepada Memey dan Norman. Baru-baru ini mereka dikhabarkan akan ditaja dengan barangan perkahwinan bernilai lebih RM12 juta. Memey akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara kelak. Khabarnya di majlis resepsi mereka, Memey akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan juga acara memotong kek. Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut. Lebih mengujakan, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan pereka kasut yang terkenal di dunia, Datuk Jimmy Choo.
Memey jek, macamana dengan Norman pulak. Semua ini adalah hasil usaha Bil Bora, wedding planner diaorang.









