Search for
Login | Username Password Forgot? | Email: | Create Account
Non English | Entries: 1247 | Views: 1481 | Updated: 2 years ago | | Add to My Feeds
Report

Jejaka yang permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi untuk menukarkan nama lelaki beliau MOHD ASHRAF HAFIZ ABD AZIZ kepada nama perempuan. ALEESYA FARHANA telah meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada awal pagi semalam kerana mengalami tekanan darah rendah/masalah jantung akibat kemurungan yang melanda apabila permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi negeri Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pembentang petisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, alat kelamin asal pemohon semasa pemohon dilahirkan dan juga kewujudan organ dalaman lelaki. Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

aleesya-farhana-ashraf-hafiz-abd-aziz


More from Syokkahwin.com

Siapakah Sara Ali? 11 Jul 28

^ Back To Top