Terlebih dahulu FayZ ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga dan umat Islam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Terima kasih di atas sokongan anda selama ini..Di sini FayZ ingin mencanangkan sebuah berita gembira..Terima kasih kepada pihak penganjur, FayZ telah dijemput untuk menikmati juadah sneak preview Ramadhan Buffet oleh pihak One World Hotel, Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada hari Khamis lepas. Seronok memang seronok sebab pelbagai masakan yang disediakan sampai tak dapat dibilang dengan jari. Masakan yang ada bukan sahaja dari masakan Melayu, tetapi masakan Cina seperti Dimsum, Western dan juga Timur Tengah..
Jika anda berminat untuk menikmati kelazatan masakan Buffet Ramadhan di Cinnamon Cafe di One World Hotel, anda boleh menelefon talian 03-76811157 dan harga Ramadan Buffet untuk seorang ialah RM108++ (dewasa) & RM54++ (kanak kanak bawah 12 tahun). Bagi yang kurang pasti, One World Hotel ini terletak bersebelahan dengan One Utama Shopping Centre dan Seri Pentas TV3 di Petaling Jaya, Selangor.
Nanti FayZ letakkan kat sini senarai penuh jenis masakannya kat sini untuk dimuat turun.. sekarang nak tido balik lepas sahur..hehe..Satay, rojak, strawberry/marshmallow chocolate dip, roti jala, soft shell crab, kambing panggang, murtabak, pizza, rendang Kuala Pilah semuanya ada.. fuhh..



