Apa khabar semua? Dah lama tak berbicara dengan anda semua. Dah lebih seminggu blog nie tidak panas dengan cerita-cerita sensasi.. hoho.. Sebenarnya FayZ pergi bercuti ke Manchester, United Kingdom bersama keluarga. Nie pun masih bercuti lagi. Cuaca di sini sejuk sekitar 16 darjah celcius, tapi boleh tahan jika pakai baju dua lapis sahaja. Nak cari wifi free agak sukar kerana tempat yang FayZ duduk tiada wifi free. Yang ada BT OpenZone yang agak samar-samar signalnya. Hari semalam baru dapat internet access. Rasa macam tak boleh hidup tanpa internet..
Kat sini speed internet agak laju.. Most service providers give access up to 20Mbps and unlimited downloads. Ada BT, Virgin Media, Sky, TalkTalk, O2 wireless, T-Mobile dan sebagainya. Memang berlawan kaw-kaw punya diorang nie. Tak macam Malaysia.. Unifi jea kita ada.. 20Mbps ada kena RM249 (GBP 50). Kat sini untuk 20Mbps anda kena bayar GBP20 sahaja. Nak masuk pakej TV sekali GBP30-37.50 sahaja sebulan. Murahkan? Jika dikira gaji pekerja mereka yang mahal. There is room for unifi to decrease their prices. Jom lobby gomen sebelum election nie.. hehe.. Dari segi tv pula, semuanya dah digital. Boleh dapat lebih dari 65 channels. Tetapi nak dapatkan saluran TV kena pakai set top box dulu. Dia panggil freeview. Tapi jenuh jugak, sebab kena install satellite dish/aerial yang canggih baru boleh dapat tangkap signal nie..kalau tak kalau area yang ada fibre optic, subscribe jea IPTV yang macam Astro dan Unifi buat sekarang nie.
Selepas beberapa lebih kurang seminggu tinggal berblogging nie, bermacam perkara berlaku mengenai akidah dan cara pemakaian artis. Macam gitulah dunia mereka. Kat sini kisah jika baca akhbar The Sun, Daily Star, cerita yang sama juga keluar. Kisah boobs Angelina Jolie now available in HD lah, pemain rugby England dan juga menantu bacang2 Queen Elizabeth, Mike Tyndall yang bercomolot dengan seorang gadis di pub New Zealand selepas kemenangan England dalam rugby World Cup ke atas Argentina.
Berbalik kepada dunia artis Malaysia. Nasib baiklah filem Hantu Bonceng dah pungut lebih RM8 juta, kalau kena ban pun no prob. Now it’s about crisis management. Zizan Raja Lawak dah minta maaf, tetapi nada berbeza keluar dari Ahmad Idham..“Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.
Click here to view the embedded video.
Jika dilihat klip video di atas, terdapat dua interpretasi bebeza. Sama ada Zizan mengucap tak habis dan terus cakap Syaitan sebab takut sangat atau memang sengaja nak buat lawak mengatakan Nabi Muhammad adalah Syaitan. Tapi tiada kenyataan dari Zizan dan Ahmad Idham sendiri yang mengatakan “dialognya memang separuh jalan dan sebab takut sangat kalimah syahadah tak habis diucapkan dan perkataan Syaitan muncul”. hmmh..terpulang kepada niat di hati masing-masing. Jika tersilap kata, taubatlah. Pintunya masih terbuka selagi kita masih hidup.
Bagi Fida pantene pulak, nampaknya semakin ranggi, bidang bahu juga sudah nyata dan putih melepak ditonton..hoho.. siap ada gambar free hair lagi. Tak kisahlah Mamat Sepah tersalah upload photo di facebook ke apa, tapi sekarang kita tahu, sejauh mana keikhlasan Fida dalam memakai tudung. Sekadar fesyen atau benar menyulami aurat seperti Wardina dan sekarang nie Diana Amir yang juga sudah bertudung. Terpulanglah kepada individu masing-masing. Tepuk dada tanya selera, kubur masing-masing..cuma kerana andalah Harian Metro, URTV, Media Hiburan dan Mingguan Perdana masih laku sampai sekarang nie.




