Setiap kali kita merancang mengenai hal ehwal perkahwinan, kebanyakan dari kita selalu terlepas pandang akan peranan yang dimainkan oleh Pereka Perkahwinan atau Wedding Designer. Demi menjimatkan kos, ramai daripada kita yang sering merujuk kepada majalah dan laman web untuk mendapatkan idea. Tetapi kadang kala, apa yang dicitakan, apa yang dimahukan tidak seperti yang didapati. Konsep yang dimahukan disalahertikan, atau kadangkala banyak kurangnya dan diperlakukan seperti tangkap muat. Dalam pengalaman FayZ, perkara ini banyak berlaku dan akhirnya timbul banyak umpatan dari tetamu yang hadir. Konsep taman yang memerlukan hiasan bunga-bunga segar digantikan dengan bunga-bunga plastik, pelamin juga sekadar melepaskan batuk ditangga dan “old stock“. Ada sesetengahnya pula mengenakan caj yang melambung-lambung bagi sesuatu ternyata di”recycled” dari satu perkahwinan ke satu perkahwinan yang lain. Bagi mereka yang tidak kenal mereka ini, memang selalu menjadi mangsa dibuli. Bukan kita tak pernah dengar banyak butik perkahwinan yang dah ambil deposit terus lari di akhbar-akhbar tempatan. Mengapa kita perlu biarkan perkara ini berlaku?
Azmy Osman atau lebih dikenali sebagai Azmy Orked sudah lama berkecimpung di dalam bidang Wedding Designer ini. Gelaran yang diberikan kepada beliau amat unik dan jarang-jarang kita jumpa. Ini kerana apa yang dijanjikan oleh Azmy Orked adalah berbeza dan pada kadar yang amat berpatutan. Nama Azmy Orked sudah sebati dengan majlis-majlis perkahwinan selebriti dan VIP dan apa yang dihasilkan oleh beliau adalah amat memuaskan. Hal ini diceritakan di dalam segmen Stanza di TV3.
Orked Bridal menawarkan pelbagai koleksi pakaian persandingan, set pelamin yang menarik serta jurusolek yang sentiasa mencari kelainan, sesuai dengan citarasa anda. Selain itu, mereka turut berkerjasama dengan bakal pengantin untuk ‘mereka cipta’ majlis perkahwinan yang diimpikan. Bermula dari barang hantaran, cenderahati, kad jemputan, sehinggalah pelamin.
Jika anda ingin mengikuti perkembangan terkini dan tips-tips perkahwinan dari Azmy Orked, anda boleh ke laman facebook mereka di http://www.facebook.com/orkedbridal atau menelefon 012-620 0058 bagi membuat tempahan.
Kami syorkan anda membuat temujanji dengan Azmy Orked bagi mengetahui bagaimana beliau boleh merealisasikan perkahwinan anda segera 012-620 0058 sekarang juga sebelum slot beliau penuh.

